projekmmoBerita

Kereta langgar pokok, anak exco Kedah maut kemalangan

Exco Kedah Datuk Aminuddin Omar tidak dapat menahan kesedihan apabila anaknya meninggal dunia akibat kemalangan petang tadi. — Foto ihsan Facebook/Kedah Darul Aman Fans ClubExco Kedah Datuk Aminuddin Omar tidak dapat menahan kesedihan apabila anaknya meninggal dunia akibat kemalangan petang tadi. — Foto ihsan Facebook/Kedah Darul Aman Fans ClubJITRA, 12 Ogos — Anak kepada exco kerajaan negeri Kedah Datuk Aminuddin Omar antara  dua yang maut apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Km12.7 Jalan Kampung Bendang Perang dekat sini petang tadi.

Irfan Aminuddin, 20 dan rakannya Wan Khuzairi Wan Chik, 27 maut di tempat kejadian, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohamed Mustakim Mukhtar dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu Wan Khuzairi itu  terbabas lalu melanggar sebatang pokok semasa hujan lebat.

Katanya pasukan bomba dipanggil bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan. — Bernama

Lagi Video di MMOTV