projekmmoBerita

Kondom bersepah, ‘bilik’ di parkir lokasi puas nafsu

Kondom terpakai ditemui bersepah dalam 'bilik' di satu kawasan parkir tersorok di sebatang jalan utama di Seremban. — Foto AFP Kondom terpakai ditemui bersepah dalam 'bilik' di satu kawasan parkir tersorok di sebatang jalan utama di Seremban. — Foto AFP SEREMBAN, 12 Okt — Sebuah “bilik kecil” yang tersudut dalam kawasan parkir di sini dijadikan tempat pasangan tertentu melampiaskan nafsu.

Kondom terpakai, dan juga puntung rokok, ditemui bersepah dalam bilik yang dibentuk dengan kepingan atap zink dan tertulis RM1.00 di luarnya.

Namun Sinar Harian melaporkan tidak pasti harga itu merujuk bayaran parkir di Jalan Dato' Bandar Tunggal di sini atau sebaliknya.

Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan berkata bilik 'tersorok' itu mungkin lokasi pasangan tertentu melakukan aktiviti terkutuk.

“Mungkin nak pergi hotel tiada duit, jadi mereka pilih tempat sebegitu untuk melampiaskan nafsu.

“Bagi saya ia sangat menjijikkan dan memalukan,” kata Mohd Aryan Kailash Arumugram.

Kondom yang dijual secara terbuka dan mampu dibeli boleh mengundang kepada perlakuan tidak baik seperti seks bebas khasnya di kalangan remaja, katanya.

Mohd Aryan mencadangkan pihak berkuasa memantau, termasuk memasang kamera CCTV, di kawasan itu.

Lagi Video di MMOTV