projekmmoBerita

Plat ‘Republik Utara’ RU 1 dibida lebih RM400,000

Nombor pendaftaran kenderaan RU, yang ditafsir sebagai 'republik utara', mendapat sambutan peminat angka menarik. — Foto oleh Choo Choy MayNombor pendaftaran kenderaan RU, yang ditafsir sebagai 'republik utara', mendapat sambutan peminat angka menarik. — Foto oleh Choo Choy MayKANGAR, 12 Jan — Nombor pendaftaran kenderaan RU 1 dibida sebanyak RM427,777 dan kini dimiliki seorang lelaki bernama Tan Lung Lai.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis berkata bidaan itu adalah tertinggi bagi siri nombor berkenaan di negeri itu, lapor Kosmo!

Plat RU dikatakan digemari kerana membawa maksud "Republik Utara", kombinasi nama keluarga, suami isteri atau anak-anak.

Plat RU 9 dimiliki Syarikat New Station Trading Sdn Bhd dengan bidaan RM152,000. RU 3 dimenangi Restoran Jessry dengan bidaan RM148,500.

JPJ Perlis berjaya mengutip RM12.2 juta keseluruhannya bagi plat RR.

Lagi Video di MMOTV