projekmmoBerita

Sangka kijang, lelaki tembak mati sepupu ditahan

Polis Kota Marudu menahan seorang lelaki yang menembak mati sepupunya ketika berburu tidak jauh dari rumahnya. — Foto ihsan Facebook/Ibu Pejabat Polis Daerah Kota MaruduPolis Kota Marudu menahan seorang lelaki yang menembak mati sepupunya ketika berburu tidak jauh dari rumahnya. — Foto ihsan Facebook/Ibu Pejabat Polis Daerah Kota MaruduKOTA MURUDU, 12 Okt — Seorang lelaki menembak mati sepupunya yang disangka kijang ketika berburu di hutan tidak jauh dari rumahnya.

Andreas Labin, 22, maut di hutan Kampung Langkabungan 2 di sini akibat terkena lima tembakan di dada, leher dan muka, sekitar jam 11 pagi semalam, lapor Harian Metro.

Ketua polis daerah Kota Marudu berkata suspek mendakwa nampak kelibat kijang di semak pada jarak 90 meter sebelum melepaskan tembakan ketika berburu kira-kira 700 meter dari rumahnya.

“Namun apabila dia sampai di lokasi berkenaan, suspek terkejut apabila mendapati sepupunya sendiri terlentang dengan beberapa kesan tembakan,” kata ACP Mohd Izaan Abdullah.

Suspek, 25, kemudian membuat laporan di balai polis Kota Marudu, sebelum ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Polis turut merampas senjata buatan sendiri, bakakuk dan sebutir kelongsong peluru yang digunakan dalam kejadian itu.

Lagi Video di MMOTV