projekmmoCari Makan

Murah, nasi Bangsa Johor RM10 tiga bungkus

Tiga bungkus nasi muafakat dijual RM10 di restoran Ejohng Concept, Skudai. — Foto-foto ihsan Facebook/Ejohng Concept Tiga bungkus nasi muafakat dijual RM10 di restoran Ejohng Concept, Skudai. — Foto-foto ihsan Facebook/Ejohng Concept JOHOR BARU, 12 Jan — Dengan hanya RM10, nasi muafakat Bangsa Johor di Taman Sri Pulai Perdana di sini boleh dinikmati tiga bungkus.

Hidangan murah tawaran restoran Ejohng Concept ini bertujuan membantu meringankan beban penduduk di negeri itu, lapor mStar Online

Juadah itu yang disediakan restoran milik Mohamad Faizdal Zakaria juga memberi pilihan lauk-pauk berbeza setiap hari.

Selain ikan keli dan sayur, menu ayam dan daging bertukar setiap hari dengan tawaran air sirap atau teh percuma.

Seorang pelanggan menikmati nasi muafakat yang kelihatan mengandungi sayur dan sambal cili dengan lauk daging. Seorang pelanggan menikmati nasi muafakat yang kelihatan mengandungi sayur dan sambal cili dengan lauk daging. Beliau berkata dua bahan mentah popular itu sering kali dibuat masak merah, goreng, masak kicap, lada hitam atau kari. 

“Bagi ikan keli pula, ia lebih enak jika dimasak sambal,” katanya. 

Sambutan dilaporkan begitu baik dengan 800 bungkus terjual setiap hari. Pakej ini ditawarkan dari 11 pagi hingga 4 petang.

Februari lalu, Utusan Online melaporkan Mohamad Faizdal pada awalnya menjual kira-kira 200 bungkus sehari dengan harga sama dan air mineral. 

Empat pekerja Ejohng Concept mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan menu daging kari, ayam sambal dan ikan keli berlada. Empat pekerja Ejohng Concept mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan menu daging kari, ayam sambal dan ikan keli berlada. “Idea ini tercetus apabila saya melihat orang ramai merungut dengan harga makanan yang semakin mahal hanya untuk makan tengah hari,” katanya.

Alamatnya: 45, Jalan Pulai Perdana 11, Taman Sri Pulai Perdana di Skudai. Ia boleh dihubungi melalui telefon 07-520 2457. 

Ejohng Concept turut melakukan kerja kebajikan dengan memberi makanan percuma kepada 200 gelandangan di Komtar JBCC dan bazar malam JB di sini.

Nasi muafakat Bangsa Johor diagihkan kepada mereka pada Jumaat dan Sabtu, mulai tengah malam hingga pukul 4 pagi.

Lagi Video di MMOTV