projekmmoCari Makan

Rezeki musim bah, ubi ketuk Setiu laris

Ubi ketuk, atau bebola ubi kayu yang digoreng, yang dibeli seorang pelanggan dari gerai Nur Fatira Mohd Arif di depan Hospital Setiu. — Foto-foto ihsan Facebook/Ct Mas Youmie Ubi ketuk, atau bebola ubi kayu yang digoreng, yang dibeli seorang pelanggan dari gerai Nur Fatira Mohd Arif di depan Hospital Setiu. — Foto-foto ihsan Facebook/Ct Mas Youmie SETIU, 6 Dis — Bagi kebanyakan orang, musim hujan menyusahkan tetapi bagi peniaga makanan goreng di depan hospital utama di sini ia membawa rezeki.

Ubi ketuk yang dijual tiga biji seringgit semakin laris sejak banjir hujung bulan lalu dan mendatangkan hasil RM200 sehari, lapor Harian Metro.

Akibat makin laris, Nur Fatira Mohd Arif membeli lebih banyak ubi kayu, sehingga 30kg sehari, untuk direbus sebelum ia dijadikan bebola dan digoreng. 

“Ramuan utama ubi ketuk ini hanya menggunakan ubi kayu rebus, kelapa parut dan gula,” katanya semalam.

“Ubi dibentuk seperti bebola dan dicelup tepung sebelum digoreng.”

Gerai kecil Nur Fatira Mohd Arif di depan Hospital Setiu di jalan utama menghubungkan Kuala Terengganu-Kota Baru. Gerai kecil Nur Fatira Mohd Arif di depan Hospital Setiu di jalan utama menghubungkan Kuala Terengganu-Kota Baru. Dulu hanya memerlukan 5kg ubi, beliau yang dibantu suaminya dan adik bertuah kerana ubi di musim tengkujuh dijual lebih murah, RM1.50kg.

Berniaga sejak tiga bulan lalu di depan Hospital Setiu, Nur Fatira menghasilkan 600 biji bebola ubi sejak 8 pagi dan mula menjualnya jam 11 pagi.

“Kadang kala sekitar jam 2 petang sudah habis...,” katanya, yang turut menjual keropok dan pisang goreng, kepada akhbar itu. 

Lagi Video di MMOTV