projekmmoCari Makan

Suka sangat keju? Bagus untuk jantung anda

Sejenis keju di Itali yang disimpan di dalam lubang antara Ogos hingga November. — Foto Reuters ihsan Caseifico Pascoli Sejenis keju di Itali yang disimpan di dalam lubang antara Ogos hingga November. — Foto Reuters ihsan Caseifico Pascoli

LONDON, 7 Dis ― Makan keju berpada-pada, sedikit setiap hari, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar, menurut satu kajian.

Keju, yang dianggap banyak lemak, jika diambil “sebesar kotak mancis” boleh mengurangkan risiko itu kerana kandungan kalsiumnya, lapor The Independent.

Makanan ini, yang digemari ramai, mengurangkan 14 peratus risiko penyakit jantung koronari dan 10 peratus serangan angin ahmar. 

Penemuan itu dibuat universiti China berdasarkan semakan 15 kajian terdahulu di Amerika Syarikat dan Eropah yang melibatkan 200,000 responden.

Diterbitkan dalam jurnal European Journal of Nutrition, kajian Universiti Soochow itu mendapati 40 gram keju setiap hari paling bagus untuk jantung.

Seorang pekerja Itali membawa keju segar jenis Parmesan di bilik simpanan di Modena, 16 Februari 2016. — Foto ReutersSeorang pekerja Itali membawa keju segar jenis Parmesan di bilik simpanan di Modena, 16 Februari 2016. — Foto ReutersWalau keju banyak lemak tepu atau “kolestrol jahat”, kata penyelidik, ia juga mengandungi kalsium dan asid yang boleh menghalang saluran arteri tersumbat.

Namun mereka tidak dapat memastikan apa kesannya dalam jangka masa panjang pengambilan keju terhadap penyakit kardiovaskular. 

Mengulas dapatan Universiti Soochow itu, seorang profesor Universiti Reading bersetuju bahawa kalsium dalam produk tenusu boleh mengawal lemak badan. 

Ian Givens berkata ia boleh mengurang penyakit kardiovaskular, khususnya dadih yang mengurangkan risiko kencing manis jenis kedua (akibat gula). 

Lagi Video di MMOTV